Latarbelakang Syarikat

Thoyyib Pharma Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat hak milik penuh Bumiputra yang merupakan salah satu syarikat peneraju dalam pengilangan kontrak.

Menyediakan khidmat pengilangan beserta rundingan pembangunan produk ekslusif mengikut kehendak setiap pelanggan. Kami berpengalaman luas dalam pengilangan produk kesihatan dan kecantikan, kesihatan dalaman lelaki dan wanita, ubat tradisional, pengurusan berat badan, dan lain-lain.

Thoyyib Pharma Industries (M) Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tajuddin Hasan dan Alias Asgar Mohamed Islam pada tahun 2001. Pengalaman lebih 15 tahun membuatkan TPISB semakin kukuh mengembangkan produk dan servis dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Matlamat utama TPISB adalah untuk menjadi pengilang produk kesihatan yang diyakini bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa. Melalui penyelidikan dan inovasi yang berterusan, TPISB berjaya membangunkan pelbagai konsep produk yang memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan.

FALSAFAH KORPORAT

Visi
• Menghasilkan produk berkualiti tinggi, memastikan keselamatan dan keberkesanan untuk manfaat pengguna

Misi
• Melaksanakan penggunaan teknologi moden dalam sistem pengeluaran mengikut piawaian antarabangsa
• Memastikan pengamalan perniagaan yang beretika.